TEKNIK HIDROPONIK PALING MUDAH
TERIMA KASIH kerana berminat untuk dapatkan bekas tanaman hidroponik yang saya selalu ceritakan ni.
Saya pernah tunjuk di video-video saya macamana caranya untuk buat sendiri bekas hidroponik ni.
Mungkin ada kawan-kawan yang tak cukup peralatan atau ada kekangan masa untuk buat sendiri, jadi saya ambil inisiatif untuk buatkan & kawan-kawan boleh terus beli saja dengan harga yang sangat berpatutan.
HARGA bekas hidroponik yang saya buat ni - RM 8.50 sahaja setiap satu. Saya bagitau awal-awal, sebab saya ni jenis mudah orangnya. Hahaa..
Kalau rasa harganya TAK SEPADAN dengan barangnya, it's OK - boleh buat sendiri ikut video yang saya kongsikan di Facebook & Tiktok saya.
Kiranya MASIH BERMINAT - TERUSKAN BACA SAMPAI HABIS.
Bekas hidroponik yang saya jual ni opkoslah lebih kemas buatannya daripada yang saya tunjuk dalam video saya, simply because yang ni material dia lebih baik, warna asal pun dah hitam & tak telus cahaya. *Saya tak gunakan apa-apa cat pada bekas hidroponik ni.
Bahagian penutup dia pun saya dah lubangkan cantik-cantik untuk letak holder anak pokok tu.
**
Tengok pokok pudina yang saya tanam dalam bekas hidroponik ni. Memang meriah betul daunnya. Kalau letak atas kitchen counter tu memang aesthetic habisss..
Pokok ni saya tanam dari keratan pudina yang saya beli kat pasaraya. Tak menggunakan tanah atau apa-apa media tanaman lain. Hanya air yang dah dicampur dengan Baja AB.
Pokok Pudina hidup subur tanpa tanah.
Yang ni pulak pokok Bayam Brazil. Memang cantik daunnya. Nak makan pun tak sanggup sebab cantik sangat.
Kalau nak tengok gambar bila dia dah besar, boleh tengok gambar yang paling atas.
Bayam Brazil ini pun ditanam tanpa apa-apa media. Hanya air yang dah dicampur dengan Baja AB.
Pokok Bayam Brazil pun sesuai ditanam dalam bekas hidroponik ni.
CIRI-CIRI BEKAS HIDROPONIK:
- Warna: Hitam
- Material: HDPE
- Kapasiti: 1 liter
- Sesuai untuk tanaman seperti Daun Kesum, Pudina, Bayam Brazil, Kangkung etc.
TERMASUK SEKALI:
- 1 botol Baja A (5ml)
- 1 botol Baja B (5ml)
- 2 unit holder plastik lutsinar (1 untuk guna, 1 spare)
- 1 unit span untuk pegang anak/keratan pokok
- 1 unit rockwool untuk semai benih halus
- 1 unit sumbu untuk serap air
*Setiap set ini dah lengkap, dapat ja boleh terus start menanam guna teknik yang anda suka.
CARA PENGGUNAAN
- Kosongkan bekas & isikan dengan 1 liter air.
- Tuangkan larutan dalam botol berlabel A (warna kuning) ke dalam air & kacau.
- Tuangkan larutan dalam botol berlabel B (warna biru) ke dalam air & kacau.
- Sediakan keratan batang atau anak pokok yang hendak ditanam.
- Kepitkan pangkal keratan atau anak pokok pada span & masukkan ke dalam holder lutsinar.
- Masukkan holder pada lubang di atas penutup bekas hitam. Pastikan akar pokok terendam sedikit ke dalam air. Tutup rapat.
- Siappp! Bolehlah letak di tempat yang sesuai. Pastikan pokok mendapat cahaya yang mencukupi. Air & baja tak perlu risau sebab sudah tersedia.
- Topup dengan air paip sekiranya hampir kering. Tak perlu tambah Baja AB. Bila topup air untuk kali ke-2 baru tambah Baja AB.
- Baja AB yang saya bagi PERCUMA hanya cukup untuk sekali bancuhan sahaja. Kalau nak TAMBAHAN, saya ada sediakan 50ml Baja A & 50ml Baja B - boleh dapatkan dengan harga RM 3.50 sahaja satu set.
- Kalau nak beli terus yang botol besar tu, boleh dapatkan kat Shopee. KLIK SINI.
*Teknik hidroponik ini mungkin TAK SESUAI UNTUK SEMUA JENIS POKOK. Hahaaa siap tulis huruf besar lagi tu tanda serius.
Setakat ni saya guna untuk tanam Daun Kesum, Pudina, Bayam Brazil, Kangkung, Cherry Tomato, Sawi Pakchoy.
Alhamdulillah semuanya berhasil.
Pokok-pokok lain tu, bolehlah cuba sendiri. Barulah seronok boleh bereksperimentasi. Hahaa..
**
Kalau nak cuba berjinak-jinak dengan menanam secara hidroponik, bolehlah dapatkan bekas hidroponik yang saya buat ni. Bila dah terrer nanti, boleh upgrade ke sistem/teknik yang lebih advanced.
HARGA
RM 8.50 sahaja untuk 1 unit.
Postage RM 8.00 untuk seluruh Semenanjung Malaysia.
Bekas hidroponik ni saya buat sendiri. Jadi kuantitinya agak terhad & cuma available selagi stok masih ada.
Kalau NAK, sila dapatkan SEGERA.
***
Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya melalui Whatsapp:
Tariq @ 017-5241017
TERIMA KASIH.